Sesi ini meneroka peranan komunikasi dinamik sebagai alat penting dalam mengurus dan menangani situasi krisis. Melalui pendekatan interaktif, peserta akan mempelajari strategi komunikasi yang efektif, termasuk kecekapan menyampaikan maklumat, mengawal emosi, dan membina keyakinan dalam situasi mencabar.
1. Memahami konsep komunikasi dinamik dalam konteks pengurusan krisis.
2. Mengenalpasti cabaran komunikasi semasa krisis dan cara mengatasinya.
3. Meningkatkan kemahiran menyampaikan mesej dengan jelas, pantas dan berhemah dalam situasi tegang.