Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan keselamatan emel dalam persekitaran kerja dan akademik. Peserta akan mempelajari cara melindungi data peribadi, mengenal pasti emel berbahaya seperti phishing dan malware, serta mengamalkan komunikasi emel yang sopan, jelas, dan profesional. Kursus ini sesuai untuk semua yang ingin meningkatkan kecekapan dan keselamatan dalam penggunaan emel harian.
1. Memberi pemahaman tentang keselamatan dan perlindungan data dalam penggunaan emel.
2. Meningkatkan keupayaan peserta mengenali serta mencegah serangan phishing dan malware.
3. Memupuk etika dan profesionalisme dalam komunikasi emel.