Dengan mengikuti kursus ini, peserta akan dapat menggunakan Microsoft Booking untuk meningkatkan lagi pengurusan perkhidmatan dari segi masa dan komunikasi ke arah menyumbang kepada operasi universiti yang efisien.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tentang:
1) Mengautomasi keseluruhan proses tempahan: Belajar cara menjadualkan dan menguruskan tempahan, memastikan kedua-dua pemohon dan kakitangan yang terlibat dimaklumkan dan bersedia.
2) Mengurus kalendar tempahan secara berpusat: Mendapatkan kemahiran dalam mengurus kalendar yang dikongsi, membolehkan koordinasi dan komunikasi yang lebih baik dalam jabatan.
3) Â Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan: Memahami cara menggunakan Microsoft Booking untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, dari membuat tempahan sehinggalah memberi maklumbalas perkhidmatan
4) Integrasi dengan Aplikasi Microsoft 365 yang lain: Meneroka integrasi Microsoft Booking dengan alat Office lain seperti Outlook, Teams, SharePoint dan Forms, meningkatkan kerjasama dan produktiviti.