
🎯 OBJEKTIF PROGRAM
Selepas mengikuti program ini, peserta akan dapat:
Memberikan kefahaman jelas tentang garis panduan, dasar dan tatacara rasmi berkaitan pengurusan aktiviti di PTJ.
Memahami proses perancangan, kelulusan, pelaksanaan dan pelaporan aktiviti mengikut prosedur universiti.
Meningkatkan kompetensi peserta dalam mengurus dokumentasi seperti kertas kerja, bajet, laporan aktiviti dan rekod sokongan.
Memastikan setiap aktiviti PTJ mematuhi aspek tadbir urus, pematuhan undang-undang kecil universiti serta piawaian keselamatan.
Mengukuhkan keupayaan peserta dalam penyelarasan antara PTJ, pihak pengurusan dan agensi luar bagi menjamin kelancaran program.
Mengurangkan risiko ketidakpatuhan melalui pemahaman terhadap tanggungjawab, peranan dan aliran kerja rasmi.
Memupuk budaya kerja yang lebih sistematik, telus dan berintegriti dalam pengurusan aktiviti universiti.
- Penceramah: CIK NUR MARIYAM BINTI MUSA